Selepas Yayan, Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin Tetamu Terbaru Wan Utama

Siri Action Talk yang di hostkan oleh Pengarah Wan Utama (FDAM) yang telah menampilkan barisan pelakon terkenal Indonesia Yayan Ruhian, Fedi Nuril dan Rizky Nazar akan terus bersiaran dan kini, Action Talk akan menampilkan pula pelakon terkenal tanah air Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin.

Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin dalam rangka mempromosikan filem terbaru mereka DELETED yang akan mula di tayangkan di panggung-panggung seluruh Malaysia pada 15 September ini.

Poster Rasmi Filem Deleted

Action Talk yang turut akan menampilkan pelakon popular dari Singapura iaitu Edmund Tay dan Vincent Ng akan bersiaran secara FB Live pada hari yang sama Filem Deleted ditayangkan iaitu pada 15 September ini bermula jam 3.00 petang di FB Page KNKV Group, Koleksi Viral, Mat Minat Filem dan beberapa FB Page filem popular Malaysia yang lain.

Saksikan FB Live Action Talk Wan Utama bersama Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Edmund Tay dan Vincent Ng pada 15 September ini dan anda berpeluang untuk memenangi tiket tayangan Filem Deleted!


Action Talk Wan Utama Bersama Pengarah, Penerbit dan para pelakon Filem Satria Dewa Gatotkaca:

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch