Pengarah Bahagian Digital Marketing KNKV Group Sdn Bhd, Sir Abdun setakat hari ini telah berjaya menjana jualan sebanyak RM100 juta buat para pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan pengiklanan dan pemasaran bersama KNKV Group Sdn Bhd.
Ketika ditanya mengenai strateginya dalam merangka pelan pemasaran digital buat para pelanggan di KNKV Group, Sir Abdun menjelaskan ia adalah gabungan pengalaman serta teknik khas yang diciptanya hasil dari pengalaman beliau di dalam industri selama lebih separuh dekad.
“Menjalankan iklan dan pemasaran digital bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan teknik serta pemahaman yang tinggi dalam menyusun atur aspek teknikal serta gerakan pengiklanan bagi memastikan kempen pemasaran dan pengiklanan yang kita jalankan itu memberi impak yang maksimum” katanya dalam satu pertemuan selepas sesi latihan beliau bersama beberapa pelanggan di pejabatnya.

Sir Abdun dalam salah satu sesi Power Coachingnya bersama Usahawan Dolive di sebuah hotel di Kuala Lumpur
Menurutnya lagi, pemasaran dan pengiklanan digital media bukan sahaja tertumpu di Facebook semata-mata, tetapi dunia digital media adalah lebih luas dari itu. Pemilik jenama dan perkhidmatan yang mahukan jenama, produk serta perkhidmatan mereka mendapat perhatian di dunia digital media harus tahu dimana pelanggan mereka berada dan apa yang mereka mahukan supaya kempen pengiklanan dan pemasaran yang dijalankan disasarkan tepat terus kepada mereka dan seterusnya mampu menjana hasil jualan yang lumayan.
“Usahawan perlu sedar, dalam dunia digital marketing, tiada satu teknik khusus yang boleh digunapakai untuk semua jenis bisnes. Bisnes kosmetik, iklan online nya berbeza. Bisnes servis, strateginya berbeza. Manakala bisnes perunding acara pula, lain strategi nya. Dan kita boleh nampak sekarang banyak NGO-NGO telah memperkasakan pemasaran digital mereka. Strategi untuk mereka ini pula, sudah tentu berbeza dengan yang lain.”
“Antara kekuatan saya dan pasukan saya, kami dapat mengenalpasti “the right strategy” untuk bisnes pelanggan kami dalam masa yang cepat. Ini yang menentukan sama ada kempen iklan pengiklanan digital anda akan berjaya atau tidak.” Katanya lanjut.
Ketika di tanya mengenai rahsia bagaimana beliau mampu memberi dan menjana jualan berjumlah lebih RM100 juta buat para pelanggan KNKV Group, Sir Abdun berkata bukan dia yang beri jualan RM100 juta tersebut, tetapi semua itu rezeki dari Allah S.W.T dan teknik serta usaha yang beliau lakukan hanyalah asbab yang Allah S.W.T telah izinkan untuk beliau terus membantu lebih ramai para peniaga, usahawan dan pemilik jenama mengembangkan perniagaan mereka kearah kejayaan jualan yang lebih besar.