KUALA LUMPUR: KNKV Group terus mendapat kepercayaan untuk bekerjasama dalam mempromosikan filem-filem Asean yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Selepas membantu mempromosikan Filem Deleted terbitan Produksi Singapura, kini, sebuah Filem Indonesia berjudul Mengejar Surga pula akan menyusul.

Poster Rasmi Filem Mengejar Surga
Filem kekeluargaan dan keagamaan yang diarahkan oleh Sutradara Bambang Drias serta dibintangi oleh Jessica Mila, Al Ghazali, Kimberly Ryder, Delano Daniel dan Jeremy Thomas akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 September 2022 ini.
Selain membuat liputan viral untuk Tayangan Istimewa filem ini di TGV Sunway Pyramid pada 26 September 2022, pengarah Bambang Drias juga akan hadir untuk sesi FB Live Family Talk bersama Wan Utama (FDAM) untuk memperomosikan Filem Ini pada 26.9.2022 jam 9 malam.
Saksikan Family Talk Wan Utama bersama Pengarah Bambang Drias di secara live Facebook KNKV Group dan anda berpeluang memengangi Wang Tunai Rm100 serta 2 tiket menonton Filem Mengejar Surga!
