2023, Tunggu Kami Datang!

SHAH ALAM – Bagi memastikan seluruh pasukan bersedia membawa lebih banyak klien mendepani tahun 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi, KNKV GROUP telah melakukan persediaan awal.

Pada 26 dan 27 November yang lepas, pihak pengurusan KNKV GROUP Sdn Bhd dengan kerjasama Asia Top Master Trainer, Dato’ Dr Lawrence Walter Ng telah mengadakan satu sesi persediaan menyeluruh untuk semua ahli pasukan KNKV GROUP Sdn Bhd untuk memastikan segala misi dan visi syarikat yang telah dirancang pada tahun 2023 akan berjaya dilaksanakan.

Dato’ Dr Lawrence Walter Ng ketika sesi bersama pasukan KNKV GROUP

Menurut Profesor Adjung Hj Adam Richman, CEO KNKV GROUP Sdn Bhd, sesi persediaan ini bukan hanya untuk manfaat syarikat semata-mata, tapi ia adalah untuk memastikan semua pelanggan yang telah dan bakal mendapatkan khidmat KNKV GROUP pada tahun 2023 merasai pengalaman dan hasil yang hebat apabila bekerjasama dengan KNKV GROUP.

“Kami mahu semua ahli pasukan KNKV GROUP bersedia secara menyeluruh bagi membantu semua pelanggan kami pada tahun 2023. ‘Cuaca’ Ekonomi dunia pada tahun 2023 dikhabarkan akan ‘mendung’. Justeru, apabila para pelanggan mendapatkan khidmat pemasaran dan pengiklanan daripada kami, kami bakal menjadi payung kepada mereka jika berlaku hujan dan ribut petir ekonomi kelak”.

Profesor Adjung Hj Adam Richman, CEO KNKV GROUP Sdn Bhd ketika sesi bersama pasukan

Pasukan KNKV GROUP bersemangat selepas mendengar taklimat Misi 2023 daripada CEO KNKV GROUP Sdn Bhd

“Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dan kami ingin pastikan semua ahli pasukan kami memahami dan bersedia untuk menjadi payung kepada para pelanggan kami supaya diakhirnya, selepas hujan dan ribut itu berlalu, para pelanggan kami mampu tersenyum melihat pelangi yang indah dalam rekod jualan mereka”, ujarnya ketika ditemui selepas tamat program dua hari tersebut.

Dalam program tersebut, KNKV GROUP Sdn Bhd turut memberi penghargaan kepada ahli pasukan yang telah menunjukkan prestasi hebat sepanjang kuarter ke tiga bagi tahun 2022. Penerima anugerah untuk Staff Terbaik terdiri daripada Asyraf Mohd Sallehuddin (Content Department), Muhamad Faris Mohd Fadzli (Digital Marketing Department) dan Nur Izzati Abd Latif (Pengurusan).

Puan Fadzila Jamsari ketika menerima Anugerah Khas CEO dan CFO daripada Puan Sakinah, COO/CFO KNKV GROUP Sdn Bhd

Penerima Anugerah Pengurus Terbaik pula dimenangi oleh Nur Amelia Syahirah Amirrul (Content Department), Faizul Mat Yusof (Digital Marketing Department) dan Wan Afiqah Najwa Wan Mohd Syukri (Pengurusan). Manakala, Fadzila Jamsari memenangi Anugerah Khas CEO dan CFO.

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch