2 Skil ‘Over-Rated’ Dalam Digital Marketing

Setiap minggu saya jumpa dan borak dengan ramai founder & bisnes owner yang ada masalah jualan mereka tak konsisten setiap bulan.
Mereka tidak tahu cara yang betul untuk tingkatkan jualan mereka menggunakan sosial media dan iklan online.

Saya biasanya melihat mereka habiskan banyak masa dan wang untuk cantikkan laman web mereka jadi lebih ‘menarik’, lebih laju, lebih sistematik.

Atau membuat konten tanpa strategi yang jelas untuk tambahkan jualan. Ini tidak akan menghasilkan sebarang pulangan kepada modal
dan mereka akan kehilangan masa dan wang yang berharga. Ini boleh membuatkan mana-mana bisnes owner atau founder menjadi gila.

Jika anda seorang usahawan yang menghadapi cabaran untuk menjana lebih banyak jualan, ini mungkin satu daripada artikel yang paling penting yang anda akan baca. Sebab saya nak ceritakan tentang 2 kesilapan yang ramai usahawan baru buat ketika nak memasarkan bisnes mereka.

Ada dua skil yang paling biasa diutaman oleh usahawan yang baru nak bermula kerana mereka ingat ia akan membawa lebih banyak jualan kepada mereka (tetapi mereka SALAH!)

Mereka “mengharapkan” dan “berharap” skil ini akan menghasilkan jualan luar biasa untuk mereka.
Mari kita kaji dua skil yang ‘over-rated’ ini.

1. Pembinaan Laman Web Custom

Saya melihat usahawan membuat kesilapan ini kebanyakan masa.

Mereka memberi penekanan terlalu banyak kepada penciptaan laman web mereka cantik dan bagus.
Mereka lupa asas penting kenapa wujudnya website. Untuk membuat jualan atau mendapatkan lead.
Laman web yang cantik atau menarik tidak akan mendapatkan anda jualan.

Ia hanya akan membawa kekecewaan setelah anda sedar berapa banyak masa dan wang yang dilaburkan untuknya
tetapi tidak dapat hasil seperti yang anda harapkan.
Jadi, bagaimana anda membuat laman web anda menghasilkan jualan atau lead?

Dengan adanya content & copywiriting iklan yang bagus!
Ia adalah kemahiran yang paling asas yang anda mesti pelajari SEBELUM anda membina laman web.


KNKV Group adalah sebuah syarikat pengiklanan korporat yang memfokuskan servis iklan di TV, radio, billboard, dan media sosial. Melalui video-video viral yang diciptakan untuk klien-klien kami, KNKV Group bantu syarikat SME & korporat untuk naikkan branding mereka di media sosial & media-media besar seperti tv & radio. KNKV Group juga menawarkan perkhidmatan konsultansi pemasaran serta strategi promosi yang sesuai untuk membantu klien-klien kami mencapai sasaran pemasaran mereka.


2. Pengurusan Iklan Facebook Anda

Anda mungkin pernah melihat banyak kisah kejayaan oleh usahawan-usahwan yang menggunakan iklan Facebook.
Ada yang suka tunjuk berapa rendahnya CPP (Cost Per Purchase) jualan dia. Ada yang selalu share ROAS (Return on Ad Spend) yang tinggi
Ramai yang suka tunjuk bungkusan parcel yang dipos.

Jadi anda pun buat keputusan untuk belajar atau mengupah orang untuk jalankan iklan Facebook anda.
Tetapi ianya tiada hasil. Atau lebih teruk lagi, akaun anda ‘dibekukan’restricted’.

Anda sampai rasa macam tengah bakar duit sahaja. Kenapa orang lain buat jadi, tapi saya buat tak jadi. Betul ke saya boleh berjaya dengan
Facebook Ads ni? Tentu boleh! Dengan teknik penulisan iklan yang betul dan juga konten iklan yang mempengaruhi audience anda.

Jangan salah faham, 2 skil dia atas ini sangat berguna dan boleh menjana jualan yang banyak.
Tetapi ia tidak berguna jika anda tidak mempunyai kemahiran asas yang menjadikannya berfungsi.

Content iklan & Copywriting iklan.

Saya akan kupaskan secara lebih lanjut content iklan di artikel akan datang. Untuk baca tips copywriting iklan, klik di sini.
Saya pernah kongsikan 9 tips penulisan copywriting yang pasti dapat bantu anda!

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch