Ramai usahawan & ‘marketer’ tahu kepentingan iklan untuk bisnes mereka.
Iklan akan naikkan jualan, sampaikan jenama kepada lebih ramai orang.
Tetapi iklan yang salah, hanya akan bawa impak yang negatif. Bayangkan orang baca iklan, tapi dia rasa iklan itu tiada kene mengena dengan dia.
Dia tidak dapat nak hubungkan masalah dia dengan mesej yang disampaikan dalam iklan.

Kenapa ini boleh terjadi ? Sebab kurangnya skil asas penulisan iklan atau lebih dikenali sebagai ‘copywriting’ iklan.
Jom saya share dengan anda beberapa tips untuk anda mahir dalam penulisan iklan ataupun ‘copywriting.
Tips ini adalah hasil pengalaman dan penglibatan saya bersama team yang sudah menulis beratus-ratus copywiritng untuk klien-klien kami di KNKV Group.
1. Belajar menulis ayat yang berimpak & mempengaruhi.
Kalau anda langsung tiada idea, boleh mula dengan dengan lihat contoh-contoh
iklan dari Facebook Ads Library untuk mencari iklan yang terbukti berkesan untuk dicontohi.
2. Menulis dalam bahasa yang ‘audience’ anda faham.
Penulis copywriter yang terbaik bercakap dalam bahasa yang sama dengan audiens mereka.
Siapakah pelanggan terbaik anda? Apakah keinginan mereka? Apakah masalah mereka?
Jika penulisan anda ‘bercakap’ dengan mereka, mereka lebih cenderung untuk membeli.
3. Copywriting yang hebat mempunyai tawaran yang tidak dapat ditolak.
Bagaimana anda boleh menawarkan lebih banyak nilai yang membolehkan pelanggan menggunakan produk dengan lebih mudah?
Luangkan masa untuk kaji pesaing anda, apa yang mereka tawarkan? Kemudian buat tawaran yang membuat anda unik di pasaran.
Sesuatu yang pesaing anda tidak lakukan. Ini tidak selalu perlu kepada ‘freegift’,
ia juga boleh menjadi tawaran harga seperti “cuba sebelum membeli” atau “percubaan percuma”.
KNKV Group adalah sebuah syarikat pengiklanan korporat yang memfokuskan servis iklan di TV, radio, billboard, dan media sosial.
Melalui video-video viral yang diciptakan untuk klien-klien kami, KNKV Group bantu syarikat SME & korporat untuk naikkan branding mereka di media sosial & media-media besar seperti tv & radio.
KNKV Group juga menawarkan perkhidmatan konsultansi pemasaran serta strategi promosi yang sesuai untuk membantu klien-klien kami mencapai sasaran pemasaran mereka.
4. Berikan GUARANTEE dengan penuh keyakinan.
Anda mungkin sudah tahu tentang jaminan wang kembali 30 hari. Itu hanyalah asas.
Penulis iklan yang hebat meluangkan masa untuk membina GUARANTEE tersebut.
Mereka melakukan kajian tentang apa yang selalu menjadi kerisauan pelanggan untuk mencuba produk anda, dan memberi guarantee untuk elakkan kerisauan itu.
Ya, beberapa orang mungkin akan tebus pampasan GUARANTEE anda, tetapi anda akan mendapat lebih banyak pelanggan.
Saya boleh menjamin bahagian itu!
5. HEADLINE yang menarik perhatian.

Headline adalah bahagian paling penting dalam penulisan copywriting anda. Ia adalah perkara pertama
yang boleh menarik perhatian pembaca anda.
Ia tidak boleh cuba menjual kepada pembaca, tetapi menarik mereka untuk membaca seluruh iklan anda.
6. Senaraikan poin untuk pembaca.
Senaraikan semua ciri dan manfaat produk anda. Kemudian buat bullet-point yang menekankan manfaat
dalam tawaran anda. Poin-poin tersebut harus membuat pembaca lebih tertarik tentang produk anda.
7. Copywriting yang hebat, ada elemen kredibiliti didalamnya.
Ini bukan hanya dalam bentuk penulisan. Ia juga boleh menjadi dalam bentuk video, screenshots, anugerah, gambar
statistik, gambar sebelum & selepas, dan maklumbalas dari pakar industri.
Apa saja yang dapat anda tunjukkan untuk membuktikan kasus anda, lakukanlah.
8. Call to Action (CTA) yang jelas.
Nyatakan dengan tepat apa yang pembaca perlu lakukan selepas baca iklan anda.
Sama ada perlu buat panggilan melalui telefon, membeli produk, set temujanji, dan sebagainya.
9. Galakkan pembaca untuk mengambil tindakan SEKARANG
Bagaimana caranya ? Wujudkan urgency. Fikirkan cara kreatif untuk menambahkan URGENCY walaupun anda
mempunyai banyak produk yang ready stok.
Ia tidak semestinya “Hanya 2 unit yang tinggal” atau “5 hari lagi untuk tamat promosi”.
Ia boleh menjadi sesuatu seperti “Dapatkan pakej sebelum semua orang dapat tahu rahsia ini”.
Cari cara yang jujur dan beretika untuk menambahkan unsur URGENCY.
Saya harap 9 tips dalam artikel ini serba sedikit dapat bantu anda untuk menulis copywriting dengan lebih baik.
Baca Seterusnya: 2 Skil Digital Marketing Yang Over-Rated