
HULU LANGAT,24 Ogos 2023- KNKV Group meneruskan Program CSR anjurannya dengan menyantuni keluarga En Salmi dan Puan Fariza di Hulu Langat, Selangor.
Walaupun Encik Salmi mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji RM1800 sebulan, isterinya Puan Fariza ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Dengan 9 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah serta menanggung abang ipar yang terlantar akibat kemalangan membuatkan keluarga ini mengalami kehidupan yang agak mencabar dari segi kewangan.
Justeru, Program CSR KNKV Group kali ini hadir memberi bantuan barangan dapur serta keperluan harian untuk kegunaan keluarga ini seperti beras, minyak, gula, susu, pampers dan lain-lain seumpanya supaya ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban tatkala kos sara hidup yang semakin mencengkam ketika ini.

Dalam program tersebut, staff-staff yang mewakili KNKV Group turut menjalankan beberapa aktiviti ramah mesra bersama keluarga Encik Salmi dan Puan Fariza termasuklah aktiviti mewarna bersama anak-anak Encik Salmi bagi memberi semangat kepada mereka supaya untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih gembira serta penuh rasa kesyukuran.

Kami di KNKV Group sentiasa mendoakan keluarga Encik Salmi dan Puan Fariza agar sentiasa dikurniakan keberkatan serta rahmat kasih sayang oleh Allah S.W.T.







