Kenapa Ecommerce Semakin Boom Sekarang & Apa Yang Anda “Miss” Kalau Tak Mulakannya Sekarang!

Meskipun trend membeli-belah secara online bukanlah satu perkara yang baru, namun pertumbuhannya kini semakin boom!

Jadi apa lagi? Jom teroka 5 manfaat e-commerce:

Automation: Automation adalah software atau aplikasi yang memudahkan flow kerja tanpa perlu buat secara manual. Guna chatbot atau WhatsApp je dah boleh close sale!

Jimatkan Kos: E-commerce jimatkan tenaga kerja, tak perlu lagi ada ramai sales team untuk dapatkan sales. Dengan cara ni, organisasi lebih fokus terhadap penawaran produk dan penambahbaikan servis atau produk. Kos training pun dapat jimat.

Data-sentrik: Kita dapat collect rekod data belian, trafik, dan pelanggan secara tepat dan automatik. Dengan cara ni, tiada satu pun data yang ‘terlepas’ dan kita dapat lakukan keputusan dengan betul.

Multi-platform: Website kita boleh jadi platform pengiklanan untuk gerakkan sales. Tetapan PPC (pay per click) macam yang ada pada FB Ads, Google Ads dan Youtube akan tarik trafik ke website dan ‘goda’ orang untuk membeli!

Bajet Rendah: Boleh bermula dengan budget rendah. Kos website lebih murah dan budget pengiklanan adalah fleksibel. Ideal utk orang yang baru nak mula menapak dan kekurangan modal.

2. Kenapa E-Commerce Baru Boom Di Malaysia?

Sebenarnya, konsep e-commerce ni dah lama wujud di Malaysia, cuma sebelum ni kita lebih selesa dan yakin membeli secara retail.

Tapi, senarionya kini berubah dengan adanya website online shopping seperti Lazada, Shopee dan Taobao. Perlahan-lahan, consumer behaviour orang sekarang dah mula berubah. Mereka lebih suka berbelanja dari keselesaan kediaman sendiri.

Apatah lagi sejak pandemik COVID19 menular di seluruh dunia, lebih banyak perniagaan turut beralih daripada model bisnes brick-and-mortar kepada e-commerce atau e-dagang.

Malah, menurut satu kaji selidik Adobe Digital Insights, e-commerce akan terus berkembang dalam jangkamasa 4-6 tahun ini.

Indeks Ekonomi Digital Adobe (Adobe Digital Economy Index) juga merekodkan 1 trillion transaksi online sejak Mei lalu! Hwau!

3. Jadi mana nak mula?

i. Wujudkan website e-commerce
Lepas dah daftar dan ada lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang Malaysia, sekarang bolehlah mulakan perniagaan online anda dengan dapatkan nama domain website. Jangan lupa buat email profesional juga okay!

ii. Buat akaun payment gateway
Payment gateway memproses pembayaran dalam talian dari pelanggan kepada peniaga dengan selamat dan membolehkan pelanggan bayar menggunakan kad kredit atau debit atau melalui perbankan dalam talian dengan mudah.
Antara penyedia payment gateway yang popular di Malaysia adalah iPay88,MOLPay, eGHL, Braintree dan PayPal.

iii. Iklankan produk atau servis anda di FB Ads
FB ads merupakan platform pengiklanan terbaik untuk perniagaan e-commerce kerana kos yang murah dan efektif jika mengikut settings yang betul.

4. Nak mulakan bisnes e-comm anda sendiri? Kaya n Kaya Viral boleh bantu!

Kaya N Kaya Virall- One Stop Advertising Agency. Tak kisah nak buat iklan di sosial media, TV, Radio atau video viral – Kami akan SEDIAKAN!

Nak dapatkan konsultasi bisnes Kaya N Kaya Viral?
Hubungi 017 205 5384 hari ini!

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch