Tips 1: Jangan Promo Produk, Promo Nilai.

Panadol bukan promo tablet, dia promo penyelesaian pening kepala.
Apple bukan promo gadget, dia promo gaya hidup semasa. Ferrari bukan promo kereta, dia promo prestasi kelajuan dan kemewahan.
Tips 2: Gigi Demi Gigi

Komunikasi Gigi Demi Gigi.
Chunking Communication, tip menerangkan sesuatu perkara dengan jelas ini umpama kita cakap satu perenggan demi satu perenggan.
Satu poin ringkas dalam satu penerangan, nak sambung lagi make sure ada kata hubung sesuai. Bila kita berkomunikasi ini dia umpama kita menulis sebuah karangan cantik.
Karanglah dan susun kata kata gigi demi gigi dengan baik, baru mudah dan jelas orang nak hadamkan mesej kita sampai menusuk ke jiwa!
Tips 3: Definisi Matang

Orang yang matang adalah orang yang mempunyai ‘pemahaman luas tentang urusan kehidupan’. Ramai yang faham, tapi ramai tak berusaha untuk mencapai sikap kebaikan yang difahami.
Contoh, kita faham solat itu tiang agama, dan agama adalah untuk gaya hidup sempurna.. tapi kita malas sembahyang, bila hidup tak sempurna kita meroyan!