Skip to main content
search

Storyboard Video Korporat: Panduan Lengkap Yang Berkesan

Storyboard Video Korporat: Panduan Lengkap Yang Berkesan - KNKV Group

Tahukah anda bahawa video menyumbang 82.5% daripada trafik internet global? Ini menunjukkan bahawa video merupakan cara paling berkesan untuk berkomunikasi dengan audiens. Oleh itu, menurut statistik, 91% pemasar kini mengintegrasikan video dalam strategi pemasaran mereka. Namun, untuk memastikan video korporat anda berjaya, storyboard video korporat yang jelas dan terancang adalah kunci utama.

Berikut adalah panduan lengkap untuk mencipta storyboard video korporat yang berkesan.

1) Fahami Tujuan Video Anda

Sebelum memulakan proses storyboard, lakukan objektf video korporat terlebih dahulu. Adakah ia bertujuan untuk memperkenalkan produk baru, mengedukasi pelanggan, atau meningkatkan kesadaran jenama?

Menetapkan lebih dari satu tujuan adalah dibolekan. Akan tetapi, fokus dan kompleksiti terhadap penceritaan mungkin boleh menjadi lebih rumit.

Cara terbaik untuk mencapai lebih daripada satu tujuan dalam video korporat adalah dengan merancang struktur yang jelas, membahagikan video kepada segmen yang memberi fokus kepada setiap tujuan.

Juga, pastikan mesej utama kekal jelas tanpa mengorbankan fokus atau durasi video.

Objektif yang jelas membantu anda dalam mengatur aliran cerita dan menentukan mesej yang tepat untuk disampaikan.

2) Kenal Pasti Audiens Sasaran

Setiap video korporat perlu disesuaikan dengan audiens yang spesifik. Adakah video ditujukan untuk pelanggan, rakan perniagaan, atau pekerja syarikat?

Fahami keperluan dan tingkah laku audiens untuk mencipta kandungan yang relevan dan menarik.

Contohnya, video untuk kelas profesional memerlukan pendekatan formal dengan struktur yang sesuai, manakala video untuk pelanggan muda lebih santai dan interaktif.

3) Storyboard Video Korporat: Rancang Setiap Adegan Dengan Terperinci

Storyboard adalah peta visual untuk video. Pada setiap adegan, fikirkan apa yang ingin disampaikan: adakah perlu visual tertentu, grafik animasi, atau percakapan?

Untuk setiap elemen, tentukan skrip, kamera, pencahayaan, dan respons yang diinginkan. Menggunakan gambar atau lakaran kasar juga membantu memvisualisasikan secara lebih jelas apa yang perlu dibuat.

4) Fokus Pada Aliran Cerita

Pastikan video korporat mempunyai aliran cerita yang jelas.

Mulakan dengan pengenalan yang menarik untuk menarik perhatian audiens, kemudian terangkan masalah yang dihadapi oleh audiens atau pelanggan, dan akhirnya, selesaikan masalah tersebut dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Aliran cerita yang baik memudahkan penonton untuk memahami dan memberi impak yang lebih besar pada minda penonton.

5) Konsistensi Jenama

Pastikan storyboard video korporat menyelaraskan gaya visual dengan identiti jenama. Ini termasuk penggunaan warna, tipografi, dan logo yang konsisten.

Setiap elemen perlu memberi kesan profesional dan memperkuat mesej jenama.

6) Uji & Dapatkan Maklum Balas

Sebelum memulakan penggambaran, cuba uji storyboard kepada beberapa pihak yang tidak terlibat dalam fasa awal. Mereka dapat memberi gambaran tentang bahagian mana yang tidak jelas atau kurang efektif.

Ini juga membolehkan membuat perubahan jika perlu sebelum penggambaran dimulakan.

7) Fleksibiliti Dalam Proses Produksi

Walaupun storyboard adalah panduan penting, jangan takut untuk membuat perubahan semasa penggambaran. Kadangkala, idea atau visual yang lebih baik boleh muncul secara spontan.

Fleksibiliti ini memastikan video kekal segar dan relevan dengan keperluan semasa.

Kesimpulan

Mencipta storyboard video korporat yang berkesan bukan hanya tentang merancang adegan atau menulis skrip.

Ia tentang memahami audiens, menyampaikan mesej dengan jelas, dan memastikan setiap elemen video menyokong objektif jenama.

Dengan perancangan yang teliti dan kreativiti, storyboard boleh menjadi peta yang membawa kepada kejayaan dalam dunia pemasaran video.

Mahu buat video korporat dengan penggayaan cerita yang menarik? Klik di sini untuk servis video korporat kami!

Leave a Reply

©KNKV Group Sdn Bhd. All Right Reserved