Skip to main content
search

“Mak bagitahu dah, pejabat kamu ini dah kena sihir, bawa pergi berubat”

“Mak bagitahu dah, pejabat kamu ini dah kena sihir, bawa pergi berubat”

Ini kisah benar perkongsian sahabat usahawan saya yang kini berstatus sangat berjaya, Mashaa Allah.

Bila dalam keadaan mencabar, inilah nasihat ibunya, dan memang biasanya lepas berubat selesai cabaran beliau.

Tapi itu bukan cabaran yang boleh beliau kawal, katanya, cabaran yang boleh beliau kawal adalah menarik minat pelanggan membeli perkhidmatan beliau.

Beliau pun ikhtiar dengan menjalankan beberapa iklan menarik dan belanja dengan besar untuk menarik minat pelanggan.

Namun, ia tetap tidak menjadi, beliau sering menyoal diri dan pasukannya tentang di mana salahnya mereka?

Sehinggalah suatu hari beliau menghadiri Usrah dan Naqibnya berkongsi petikan daripada Abu Hurairah R.A mengatakan; Rasulullah (SAW) bersabda,

“Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.”

Ada seorang sahabat bertanya, “Bagaimana maksud amanat disia-siakan?” Nabi menjawab, “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Disitulah beliau faham bahawa bukan semua bidang boleh dilaksanakan beliau, ada bahagian bidang perlu diserahkan pada Ahlinya.

Bermula saat itu, beliau mula serahkan urusan nasihat pengiklanan dan pemasaran kepada saya sendiri, urusan nasihat akaun kepada ahli ahli tertentu.

Sejak beliau meletakkan ahlinya pada tempat yang beliau bukan ahlinya bermulalah rezeki dan kejayaan datang dengan melimpah limpah hasil dari kualiti kepimpinan dan fikirannya.

Bak kata pepatah barat; ‘Don’t be Penny Wise, Pound Foolish’ semata-mata untuk berjimat sedikit jangan esok kita rugi banyak.

Ambil iktibar dan serahkan urusan atau dapatkan nasihat yang tidak berkait dengan minat dan keahlian kita dari mereka yang terbukti dalam bidang tersebut.

Alhamdulillah, hasil nasihat saya telah membantu beliau kini peroleh rezeki puluhan juta dengan Izin Allah.

The power of trust & delegation.

Salam Hormat, Hj Adam Richman.

Leave a Reply

©KNKV Group Sdn Bhd. All Right Reserved