

PENGENALAN
Bersempena dengan penjenamaan semula Kaya N Kaya Viral kepada KNKV Group, kami dengan penuh rasa takzim ingin mengumumkan penganjuran KNKV VIRAL AWARD bagi meraikan serta mengiktiraf bakat-bakat lakonan yang pernah berlakon di dalam video-video viral terbitan kami sepanjang tahun 2022.
Sebagai salah satu agensi pengiklanan pilihan di Malaysia, KNKV Group (sebelum ini dikenali sebagai Kaya N Kaya Viral) telah bekerja serta berkolaborasi dengan ramai pelakon lelaki, wanita dan kanak-kanak. Sepanjang penglibatan mereka dalam karya-karya terbitan kami, mereka telah memberi persembahan yang hebat sekaligus membolehkan kami menghasilkan iklan-iklan viral yang bermutu tinggi untuk para pelanggan kami.
Justeru, penganjuran KNKV VIRAL AWARD adalah suatu bentuk penghargaan kami atas dedikasi, bakat, sokongan serta kerja keras para pelakon ini setelah terpilih untuk berlakon dalam karya-karya kami.
SENARAI ANUGERAH
VIDEO VIRAL TERBAIK
PELAKON LELAKI VIRAL TERBAIK
PELAKON WANITA VIRAL TERBAIK
PELAKON PEMBANTU LELAKI VIRAL TERBAIK
PELAKON PEMBANTU WANITA VIRAL TERBAIK
PELAKON KANAK-KANAK VIRAL TERBAIK
PENCALONAN & pemilihan
Pencalonan dan pemilihan bagi setiap kategori akan terbahagi kepada dua peringkat; PERINGKAT AWAL dan PERINGKAT AKHIR.
PERINGKAT AWAL
Untuk peringkat awal, Panel Pemilihan yang terdiri daripada Pengarah Kreatif (FDAM) KNKV Group, Pengarah Konten 1 serta Pengarah Konten 2 KNKV Group akan menyenarai pendekkan calon-calon bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Calon-calon yang telah disenarai pendek ini akan diumumkan di Facebook rasmi serta Instagram rasmi KNKV Group.
Pemarkahan pada peringkat awal ini, 50% markah adalah berdasarkan jumlah keseluruhan REACTION LIKE/ LOVE/ CARE/ HAHA/ WOW/ SAD/ ANGRY pada gambar calon yang di muatnaik di Facebook rasmi KNKV Group dan REACTION LOVE di Instagram rasmi KNKV Group, manakala 50% markah adalah dari Panel Juri.
Calon-calon yang terpilih di peringkat awal ini dibenarkan untuk mempromosikan pencalonan mereka untuk mendapat jumlah REACTION sebanyak mungkin.
Hanya REACTION LIKE/ LOVE/ CARE/ HAHA/ WOW/ SAD/ ANGRY pada gambar spesifik calon yang dimuat naik di Facebook rasmi KNKV Group dan REACTION LOVE di Instagram rasmi KNKV Group sahaja akan dikira. Jumlah keseluruhan REACTION di kedua-dua platform rasmi KNKV Group ini akan memberikan 50% markah kepada calon yang terpilih.
Contoh: Pelakon A mendapat 515 reaction pada gambarnya di Facebook KNKV Group dan 600 like pada gambarnya di Instagram KNKV Group. 515+600=1115 jumlah reaction dan like ini akan menjadikan 50% markah untuk peringkat awal.
Peringkat awal ini akan berlangsung selama 30 hari dari tarikh senarai pendek calon diumumkan. Justeru, calon-calon yang terpilih mempunyai masa selama 30 hari untuk mendapatkan markah setinggi mungkin untuk 50% markah jumlah REACTION & LIKE.
5 Calon dari setiap kategori yang mendapat jumlah markah tertinggi (50% Jumlah Reaction ditambah dengan 50% Markah Panel Juri) akan terpilih ke peringkat akhir.
PERINGKAT AKHIR
5 calon yang terpilih diperingkat akhir akan melalui proses pemilihan dan pemarkahan sekali lagi. Hanya seorang pemenang akan diumumkan untuk setiap kategori.
Untuk Peringkat Akhir, 100% markah adalah berdasarkan penilaian Panel Juri KNKV VIRAL AWARD.
Kesemua calon yang telah terpilih ke peringkat akhir akan dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gala KNKV Group dan pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam tersebut.