
KNKV Viral Award 2025 telah dilancarkan dengan acara Sidang Media & Majlis Pelancaran yang mengagumkan pada 23 Disember 2024 di Kampai Yakiniku, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Ia merupakan edisi ketiga setelah kejayaan KNKV Viral Award 2023 dan KNKV Viral Award 2024.
Setelah mencatatkan pencapaian besar pada dua edisi sebelumnya, acara kali ini dijangka lebih gilang-gemilang, mengukuhkan reputasi KNKV Group sebagai peneraju dalam industri pengiktirafan pencipta kandungan digital.
Acara ini dibawakan eksklusif oleh KNKV Group, dengan TV3 sebagai rakan media rasmi, yang bertujuan untuk mengiktiraf bakat dan kreativiti dalam penciptaan kandungan digital yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Selain itu, majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai tanda kerjasama strategik bagi menjayakan anugerah ini.
Acara terulung ini memberikan peluang kepada pencipta kandungan untuk menonjolkan hasil kerja mereka serta menginspirasi lebih banyak kreativiti dalam industri digital.
Kemuncak acara akan diadakan pada 17 Mei 2025 bertempat di PICC, Putrajaya, di mana pemenang dari pelbagai kategori akan diumumkan dan diraikan.

Dengan pelbagai jenis kandungan di media sosial, Profesor Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan KNKV Group menekankan akan kepentingan adab dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti.
Beliau mengingatkan bahawa kandungan yang dihasilkan berdasarkan kontroversi seharusnya dihindari dan dilupuskan, kerana ia tidak layak untuk dipertontonkan.
Menurutnya, setiap kandungan yang dikongsi seharusnya memberi manfaat, mengedukasi, dan membina masyarakat, bukannya mencetuskan perpecahan atau menyebarkan kebencian.

Diadakan dengan berskala lebih besar, acara ini dijangka melibatkan lebih 700 pempengaruh tempatan dan antarabangsa, termasuk penglibatan pempengaruh dari Singapura.
Nantikan butiran lanjut mengenai acara ini dan bersama-sama menyokong usaha untuk terus memacu inovasi dalam dunia digital!







