KNKV GROUP TAMPIL IMEJ LEBIH DIYAKINI DENGAN PERLANTIKAN PENASIHAT SYARIAH

KUALA LUMPUR – KNKV Group, sebuah kumpulan syarikat yang menumpukan kepada perkhidmatan pengiklanan, latihan korporat, produksi TV, produksi Filem dan pengurusan acara telah mengumumkan perlantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim sebagai Penasihat Syariah kumpulan berkuatkuasa serta merta.

Perlantikan tersebut telah diumumkan oleh Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Profesor Adjung Hj Adam Richman dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Profesor Adjung Hj Adam Richman, perlantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff sebagai satu Langkah proaktif kumpulan dalam memastikan setiap perjalanan perniagaan kumpulan adalah patuh Syariah dan tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Pengarah-pengarah KNKV Group bersama Penasihat Syariah KNKV Group, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

“KNKV Group ingin meneruskan legasi yang telah kami mulakan beberapa tahun lepas iaitu menggerakkan usaha menghasilkan kempen yang membawa mesej positif dan selari dengan tuntutan Syarak untuk semua pelanggan kami.”

“Dengan gabungan idea-idea kreatif, segar dan dalam masa yang sama mengikut landasan syariat, kami yakin usaha kami ini bukan sahaja akan menambah nilai dalam setiap perkhidmatan yang kami tawarkan, malah ia akan meningkatkan keyakinan lebih banyak perniagaan dan jenama untuk mendapatkan perkhidmatan kami kerana apabila kami menggerakkan perniagaan kami dalam ruang lingkup patuh Syariah, ini bermakna kami mengamalkan sistem urus yang bersih, jujur serta mengambil kira setiap gerak kerja yang dihasilkan adalah amanah yang besar buat kami,” ujarnya lagi.

Perbincangan bersama Penasihat Syariah KNKV Group, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

“KNKV Group sangat komited dalam melakukan penambahbaikan dalam industri pengiklanan dan produksi. Mereka ingin pastikan minda bangsa tidak rosak dengan budaya barat. Mereka juga bersungguh menaikkan perniagaan Muslim khususnya supaya mereka berjaya dan akhirnya mampu menyumbang kepada wakaf, zakat dan infak kepada negara.”

“Apa yang dilakukan oleh KNKV Group ini samalah sebagaimana bank-bank lakukan dengan melantik penasihat Syariah daripada pakar-pakar hebat dalam dan luar negara bagi memantau perjalanan perniagaan mereka supaya patuh syariah. Maka, konsep yang sama dilakukan dalam industri pengiklanan dan produksi oleh KNKV Group. Ini satu usaha yang luar biasa oleh KNKV Group dan keyakinan saya sangat tinggi KNKV Group akan pergi lebih jauh lagi selepas ini.” Jelas Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff.

KNKV Group sebelum ini dikenali sebagai Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd dan hanya memfokuskan kepada perkhidmatan pengiklanan digital dan TV sahaja. Penjenamaan semula sebagai KNKV Group dimulakan pada awal tahun ini bagi membolehkannya memberi perkhidmatan serta menyertai bidang perniagaan yang lebih meluas termasuk latihan korporat, Filem dan pengurusan acara.

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch