Skip to main content
search

KNKV Group Bersama Festival Filem Malaysia Ke-33: Memartabatkan Industri Kreatif

KNKV Group Bangga Menyokong Festival Filem Malaysia Ke-33

KUALA LUMPUR – Pada 7 Disember 2024, Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) telah menyaksikan perayaan besar industri filem tanah air dengan kemenangan Imaginur sebagai Filem Terbaik.

Filem terbitan Lumatic Films Sdn. Bhd. ini, yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha, turut membawa pulang trofi berprestij FFM33 serta insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.

Malam kemuncak FFM33 yang bertemakan “EMAS – Evolusi Sinema Malaysia”, tidak hanya meraikan filem terbaik, tetapi juga memberikan penghormatan kepada bakat-bakat luar biasa yang telah memberi impak positif kepada industri.

Selain anugerah Filem Terbaik, beberapa anugerah lain turut diberikan, termasuk Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Susan Lankaster untuk filem Raintown, dan Dokumentari Terbaik yang dimenangi oleh Pekik terbitan Stereo Pixels Sdn. Bhd.

Sebagai rakan strategik dalam acara berprestij ini, kami amat berbangga dapat bersama-sama memartabatkan karya-karya seni tempatan dan menyokong perkembangan industri filem Malaysia.

Professor Adj. Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group juga berkata, “Saya mendoakan agar semua penggiat industri filem kita terus menghasilkan karya-karya yang dapat membentuk pengaruh positif dalam masyarakat kita.”

Kami percaya bahawa acara seperti FFM33 bukan hanya mengiktiraf pencapaian yang telah diraih, tetapi juga memberikan platform yang lebih luas untuk bakat-bakat baru terus berkembang dan memberi impak positif.

Kami di KNKV Group bertekad untuk terus menyokong penggiat seni tempatan dan berusaha memastikan karya-karya yang dihasilkan memberi kesan terbaik buat masyarakat.

Siaran ulangan untuk Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke-33 kini boleh ditonton di YouTube. Klik pada video di bawah untuk menonton:

 

Semoga dengan sokongan berterusan terhadap Festival Filem Malaysia dan yang selari dengannya, kita dapat mencipta lebih banyak karya kreatif yang mengangkat martabat budaya Malaysia di peringkat global.

Leave a Reply

©KNKV Group Sdn Bhd. All Right Reserved