
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Bin Abd Halim merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada KNKV Group setelah menghadiri KNKV Viral Award 2024 pada Selasa, 20 Februari 2024 lalu.
“KNKV Group telah berjaya mengangkat nilai penghargaan yang tinggi buat golongan belia dalam negara kita yang terlibat dengan media sosial, sama ada sebagai pempengaruh mahupun sebagai pencipta kandungan,” ucap beliau.
KNKV Viral Award 2024 dihadiri lebih 1,000 penonton, menampilkan YB Adam Adli Bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebagai tetamu kehormat bersama YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Sarawak.

(Dari Kiri) Profesor Adj. Hj Adam Richman, YB Adam Adli Abd Halim, YB Datuk Snowdan Lawan bersama Ryan Bakery, Pemenang Anugerah Best National Content Creator.
Mereka berdua turut telah sudi untuk menyampaikan pelbagai anugerah kepada para pemenang antaranya kepada Adrian Teh pemenang Viral Laureate Film Director Award, Alif Satar pemenang Viral Laureate Influencer Award, Zhafvlog pemenang Viral Laureate Film Influencer Award, Sofyank pemenang Viral Laureate Content Creator Award, Dato M Nasir pemenang Viral Laureate Song Award untuk lagu ‘Tiara’, Fara Fauzana pemenang Viral Laureate Golden Mic Award dan Beto Kusyairy pemenang Viral Laureate Actor Award.
Senarai penuh pemenang kategori lain adalah:
Best National Original Viral Video – Pemenang Awanaz Style
Best National Original Islamic/Motivational Content – Pemenang Mika and Daddy
Best National Original Educational/Informative Content – Sir Asai
Best National Original Business Content – Hafiz Mahamad
Best National Original Comedy Content – DavidVidzKumbibi
Best National Original Food Content – Hisham Raus
Best National Educational/Informative Influencer – Sir Asai
Best National E-Sports Influencer – Daddy Kr3w
Best National Health/Beauty/Sports Influencer – Dr. Samhan
Best National Motivational/Business Influencer – Inche_lebah
Best National Comedy Influencer – Ryan Bakery
Best National Food Influencer – Che Sayang Kitchen
Best National Entertainment Influencer – Mek Yun
Best National Viral Page/Channel – Mstar Online
Malaysia Madani Special Award – Shermine Hau-Ah Moi
Best National Influencer – Hafiz Mahamad
Best National Content Creator – Ryan Bakery
Akhir sekali, satu trofi khas iaitu Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award 2024 diserahkan kepada penyanyi popular, Aina Abdul atas pencapaian yang penuh inspirasi sepanjang sedekad kariernya sebagai penyanyi.

Aina Abdul ketika menerima Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award 2024
“Kejayaan buat semua barisan pemenang ini adalah bukti bahawa menghasilkan kandungan media sosial yang bernilai positif dan berimpak tinggi adalah satu perkara yang harus dijadikan tauladan dan juga wajar dicontohi oleh semua golongan belia di luar sana,” tegas YB Adam Adli.
“Syabas dan tahniah buat semua!”, tambahnya.
KNKV Viral Award 2024 telah dihoskan oleh Tyzo Xander, Sharifah Shahirah, Azhar Jalil, dan Diana Rusdi dilihat berjaya mempamerkan bakat-bakat luar biasa dalam komuniti digital Malaysia, dengan pemenang dalam pelbagai kategori diiktiraf untuk sumbangan berpengaruh mereka.
Acara itu menekankan pentingnya menghargai individu-individu yang telah memberi kesan positif kepada dunia digital dan menyumbang kepada persekitaran dalam talian yang lebih konstruktif.
Saksikan Full Highlights KNKV Viral Award 2024 menerusi capaian di bawah:







