Skip to main content
search

Profesor (Adj) Hj. Adam Richman Hadiri Pertunjukan Fesyen Tertinggi Di Malaysia!

KUALA LUMPUR, 9 Sept 2023 – Profesor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO KNKV Group hadir memenuhi jemputan sekaligus memeriahkan Tower Fashion Eleganza 2023 (TFEKL23) yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur malam tadi. Beliau hadir bersama delegasi KNKV Group yang turut disertai oleh Puan Sakinah Rahman, COO KNKV Group, Dato’ Dania Abd Wahab, Pengarah Perhubungan Korporat (Antarabangsa) KNKV Group dan En Rifaiq, Pengarah Jualan Korporat KNKV Group.

Pertunjukan Fesyen yang mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai Pertunjukan Fesyen Tertinggi di Malaysia itu turut diserikan DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor yang berkenan berangkat ke TFEKL 2023.

Dalam pertunjukan tersebut, seramai 15 pereka fesyen terbaik Malaysia diantaranya Bon Zainal, Radzwan Radziwil, Carven Ong, Fizi Woo, Rasta Rashid, Kalima dan Leslie Variyan memperagakan busana mereka di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur.

Bercakap ketika ditemui selepas tamat acara berkenaan, Profesor (Adj) Hj. Adam Richman mengucapkan tahniah kepada Pengarah TFEKL 2023, Saudara Bon Zainal Harun dan penganjur TFEKL 2023 kerana telah berjaya mencipta satu penanda aras baru dalam industri fesyen negara.

“Kejayaan TFEKL 2023 ini pastinya akan membuatkan industri fesyen negara terus bersinar sekaligus menempatkan penggiat fesyen di Malaysia ke satu tahap yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia seluruhnya,” ujar beliau lagi.

Tower Fashion Eleganza 2023 (TFEKL23) malam tadi turut disiarkan secara langsung oleh RTM.

Leave a Reply

©KNKV Group Sdn Bhd. All Right Reserved