
SHAH ALAM,1 SEPTEMBER 2023 – Ustaz Hadi Talhah berkongsi dalam satu sesi tazkirah mingguan bersama kakitangan KNKV Group hari ini tentang 4 amalan pembuka pintu rezeki. Sesi Tazkirah Mingguan KNKV Group diadakan setiap minggu pada hari Jumaat dan dimulakan dengan bacaan Surah Yassin secara berjemaah.
Dalam tazkirahnya, Ustaz Hadi berkongsi bahawasanya ada 4 amalan, jika diamalkan, dapat membantu membuka pintu rezeki dan menghilangkan kesulitan dalam kehidupan kita.

Amalan-amalan tersebut adalah , perbanyakkan Solat Malam (Qiyamullail),banyakkan Istighfar dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T, perbanyakkan Sedekah tidak kira sikit atau banyak serta perbanyakkan berzikir terutamanya pada waktu pagi & petang.
Dalam semua amalan ini, kunci utamanya adalah ketulusan dan ketaatan kepada Allah. Bukan kuantiti yang penting, tetapi kualiti dan istiqamah (konsistensi) dalam melaksanakan amalan-amalan ini.
Ingatlah, Allah S.W.T Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dan Dia sentiasa mendengar doa-doa kita. Dengan mengamalkan amalan-amalan ini, semoga Allah S.W.T memperkenankan serta membuka pintu rezeki dan menghilangkan kesulitan dalam hidup kita. Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua.







